Ads

Pages

Saturday, 5 April 2014

Tergempar!!2 Individu Diculik Pengganas Sulu Di Semporna,Sabah.


Seorang pelancong wanita warga China dan seorang pekerja resort Filipina telah diculik dari sebuah resort di Semporna, Sabah.

Wanita warga China 29, yang berasal dari Shanghai dan pekerja Filipina berusia 40 tahun telah diculik oleh enam lelaki bersenjata yang tidak dikenali pada jam 10.30 malam, rabu, di Singamata Reef Resort, Semporna. 


Pasukan Keselamatan Malaysia telah meletakkan pasukannya dalam keadaan berjaga-jaga di sepanjang sempadan laut di selatan Filipina.

Polis Sabah sehingga kini masih belum membuat kenyataan rasmi mengenai kejadian itu walaupun Pengarah ESSCOM, Datuk Mohammad Mentek telah mengesahkan kejadian penculikan berkenaan.

Dipercayai pelancong wanita warga China yang sedang mandi di dalam biliknya telah didatangi oleh lelaki bersenjata dan dia dipaksa keluar dan masuk ke dalam bot. Namun, tidak dijelaskan bagaimana pekerja resort Filipina itu diculik.

Terdapat 61 pelancong warga China di resort berkenaan pada masa kejadian itu.

Salah seorang pelancong warga China yang bekerja sebagai wartawan akhbar China menyatakan, kebanyakan pelancong berada di dalam bilik masing-masing ketika kejadian itu berlaku. 

Mereka hanya mengetahui apabila pihak pengurusan mengarahkan mereka semua keluar dari bilik setelah yang tiba selepas sekumpulan lelaki bersenjata melarikan diri dengan tawanan mereka.

Setelah membuat pemeriksaan, mereka mendapati seorang pelancong dan pekerja resort telah hilang. - THE STAR

0 comments:

Post a Comment