Kekalahan itu harus menambah tekanan dan menjadikan kedudukan ketua jurulatih The Red Warriors (TRW), Steve Darby seperti ‘telur di hujung tanduk’ selepas penyokong tidak berpuas hati dengan prestasinya sepanjang membimbing pasukan. Apa pun, turun dengan misi wajib menang, TRW terlebih dulu mengasak kubu pelawat menerusi percubaan penyerang import, Francis Forkey Doe seawal minit kelima yang sedikit tersasar di penjuru kanan pintu gol.
Bagaimanapun, selepas turun tanpa dua penyerang Ahmad Fakri Saarani dan Ahmad Shakir Ali, mereka kehilangan Mohamed Ghaddar yang terpaksa ditukarkan dengan Mohd Khairul Izuan Rosli pada minit ke-22 akibat kecederaan.
0 comments:
Post a Comment