Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Saya dalam kesempatan ini ingin berkongsi satu artikel yang mana telah saya tuliskan di akaunfacebook saya baru-baru ini. Saya tergerak untuk berkongsi di blog ini agar lebih ramai orang dapat membacanya. Semoga apa yang saya tuliskan ini membuahkan hasil dan manfaat kepada semua.
Selamat membaca....!
Suatu Kepercayaan
Sesi memecahkan otak....
1. Percaya atau tidak jika saya katakan sebenarnya dalang segala ini ada 2 pihak??
2. Salah satunya adalah orang kita sendiri dan masih berada dalam negara.
3. Hal ini berkaitan dengan perebutan kuasa dan juga satu perlumbaan.
4. Percaya atau tidak jika saya katakan bahawa sebenarnya sesi mencari di lautan Hindia sampai ke utara Khazastan adalah satu sesi melengahkan masa?
5. Percaya atau tidak jika saya katakan Pilot dan Co-Pilot masih hidup??
6. Percaya atau tidak jika saya katakan orang yang ada dalam negara itu adalah seorang yang ternama?
7. Percaya atau tidak sebenarnya pihak MAS memang terlibat dalam usaha terancang ini??
8. Percaya atau tidak jika saya katakan dua pihak itu sedang berebut sesuatu??
9. Percaya atau tidak jika saya katakan sebenarnya ada satu permainan yang cuba dibuat agar mengalihkan perhatian dunia daripada Laut China Selatan?
10. Percaya atau tidak, kesemua isi penting kapal MH370 (dewasa) sudahpun dibriefing terlebih dahulu sebelum mereka berlepas??
11. Percaya atau tidak, kesemua mereka masih selamat selagi Dato Seri Najib tidak membuat pilihan dalam tempoh yang diberikan dalam rundingan mereka?
12. Percaya atau tidak, rundingan itu berlaku di Malaysia??
13. Percaya atau tidak jika saya katakan, karier Dato Seri Najib sudahpun berada dihujung tanduk??
Segala persoalan ini akan terjawab setelah tamat sesi rundingan yang telah diperpanjangkan. Pesawat juga akan ditemui setelah hari tersebut. Bila dan di mana?? Anda berhak mencarinya....
*Update bertarikh 16 Mac 2014. Link rujukan disini.
------------------------------------------
Untuk makluman, kesemua 13 point di atas ini bukanlah teori atau fakta sebaliknya hanya persoalan. Dalam pada kita sedang memerhati dengan teliti isu MH370 ini, ada baiknya kita kuatkan diri kita dengan fakta dan kepercayaan. Bila mana diri kita tidak kuat memegang sesebuah kepercayaan, nescaya kita akan mudah terpengaruh dan dipengaruhi sekaligus akan membuatkan kita jauh tersasar daripada landasan kebenaran.
Saya lampirkan sebuah komen yang telah saya tuliskan untuk artikel di atas....
banyaknyee komen.... mcm2 telahan. aku tanya soalan je, percaya atau tidak...? sbb , utk menentukan sesuatu kesahihan kita memerlukan kepada kepercayaan yg jitu. tanpa kepercayaan, berilah 1001 bukti pun , tak ada yg betul bagi kita. tapi, dengan kepercayaan yg jitu, tanpa bukti pun kita boleh yakin....
apa yg aku tuliskan di atas, jika dihuraikan boleh menyebabkan kes-kes tak diingini berlaku. jadi harus berhati2 utk menukilkannya.... utk itu, janganlah kita bersikap terburu2 memberikan sesuatu telahan nakal dan terlalu mudah menyebarkan sesuatu perkara yang mana kita masih belum punya kepercayaan yg jitu terhadapnya.
Setiap yang berlaku dalam dunia ini ada asbab musababnya. tidak ada yang berlaku tanpa sebab.... dan setiap sebab itu membawa dua perkara. satu perkara adalah kebaikan dan satu lagi keburukan.
Tekadkan kepercayaan anda utk menghadapi situasi mendatang.....
Komen tersebut di atas telah aku keluarkan di wall facebook aku pada artikel ini bagi membidas semua telahan nakal, teori tersasar dan kesemua cerita mengarut yang direka-reka orang tidak bertanggungjawab setelah mereka membaca apa yang saya tuliskan.
Sebenarnya, apa yang saya catatkan dalam artikel-artikel saya sebelum ini sudahpun banyak memberikan clue serta fakta yang sangat-sangat mahal dan berharga. Hanya orang yang benar-benar berfikir sahaja akan nampak dan jumpa dimanakah lokasinya MH370 serta apa punca ia dihilangkan dan apa natijahnya?
Selebihnya, orang yang malas berfikir, typically minded, otak sempit, berfikiran di dalam kotak, mengikut majoriti, mengikut media dan juga semua yang tidak mahu atau tidak mampu berfikir dengan waras, rasional, diluar kotak serta tidak mahu mengamalkan ajaran Islam atau paling kurang tidak mahu membuat fadhilat serta kaifiat mencari kebenaran yang telah saya ajarkan, nescaya kesemua mereka itu TIDAK AKAN sama sekali bertemu dengan jawapan kepada persoalan utama MH370 hilang !
Saya tegaskan sekali lagi, jika anda TERSASAR daripada tujuan asal mencari MH370, maka anda akan HILANG fokus utama dek termakan diversion yang dibuat oleh banyak pihak lantas akan mengakibatkan anda mudah membuat kesimpulan yang mana kesimpulan yang anda buat saya amat yakin, ianya TERSASAR jauh. Lantas, kesimpulan yang anda buat ada kemungkinan anda sendiri yang akan menyebarkannya dan mengakibatkan lebih ramai orang mempercayai kesimpulan tersasar anda, lalu membuatkan lebih ramai orang tersasar jauh daripada fokus utama. Kini, anda mungkin menjadi penyebab pergaduhan orang ramai.
Kerana apa saya berani berkata begitu? Kerana.... saya sendiri sudah mengalaminya dan akibat pengalamna buruk saya itu maka saya tidak lagi berani mengambil kesimpulan mudah dan saya harus meneliti dan mengkaji kesemua selok belok sesebuah cerita dengan details dan jelas sebelum saya berani mengeluarkan sesebuah artikel.
Saya lampirkan disini suatu dalil daripada Al-Quran, Kitabullah yang Qadim....
“Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.(al-Hujurat:6).
Saya dengan yakin dan berani telah mula meneroka kesemua asbab musabab, teori-teori, fakta-fakta, kemungkinan dan kebarangkalian, spekulasi, telahan serta kaitan sejarah yang telah berlaku dan sedang berlaku atau bakal berlaku sepanjang kes MH370 ini. Maka kerana itulah saya berani mengeluarkan artikel panjang lebar tanpa rasa sangsi dan was-was kerana saya meyakini apa yang saya tuliskan setelah lama saya membuat kajian dan penelitian. Untuk pengetahuan, sebelum saya menukilkan sesebuah artikel tak kira di facebook atau di blog ini, saya telahpun meneliti dengan mendalam kesemua fakta, teori dan spekulasi yang saya terima lebih awal dan berpanjangan bagi memastikan artikel yang saya tuliskan itu tidak dipertanggungjawabkan ke atas saya jika berlaku perkara tidak diingini atas sebab kesalahan fakta yang saya sajikan.
Namun, diharapkan semua apa yang saya tuliskan itu bukanlah 100% tepat lagi benar. Saya hanya berkongsi hasil daripada analisa yang saya buat kepada orang awam sahaja agar lebih ramai daripada kita dapat mengetahui kebenaran disebalik perkara aneh yang sedang berlaku ini. TIDAK ADA PERKARA DI DALAM DUNIA YANG BERLAKU TANPA SEBAB.
Saya nyatakan dengan tegas dan berani, bahawa semua perkara yang berlaku sekarang ini adalah rencana akhir zaman dan ia sangat berkait rapat dengan masa depan agama serta bangsa kita, iaitu Islam dan Melayu. Saya amatlah bersedih sekiranya ada antara pemimpin kita yang tersilap langkah dalam membuat keputusan.
Maka saya amat berharap agar tidak ada antara mereka yang berbuat langkah menjulur. Saya nasihatkan kepada semua, agar anda tidak mudah membuat kesimpulan kerana ia boleh menyebabkan kesimpulan yang memakan diri. Saya telah menulis panjang lebar dalam artikel "MH370: Suatu Misteri" dan di dalamnya terdapat lebih 120 point penting. Namun, masih ramai yang hanya mahu memfokuskan kepada beberapa point sahaja kerana mungkin point itulah yang menjadi minat mereka. Saya amat kecewa bila ramai yang berbuat begitu lantas mereka dengan cepat membuat kesimpulan dan berasakan mereka telah sampai pada kemuncak cerita bagaikan mereka telah tahu kesemua jalan cerita, sedangkan saya yang menulis artikel itu, sehingga kini masih lagi BELUM membuat apa-apa kesimpulan kerana jalan ceritanya belum tamat.
Oleh itu, jadilah seorang pembaca yang bijak berfikir dan menilai serta meneliti. Saya kongsikan sekali lagi cara-cara serta langkah-langkah bagi anda mencapai tahap pemikiran yang sangat kreatif, kritis dan kritikal agar anda dapat membuat penelitian yang lebih bagus dan bijak dan dalam masa yang sama dapat menjaga serta melindungi diri anda daripada fitnah akhir zaman, baik fitnah yang nyata waima tersembunyi.
Amalannya adalah...
1. Amalkanlah membaca 10 ayat pertama Surah Al-Kahfi, 10 ayat terakhir surah Al-Kahfi atau membaca kedua-duanya dengan ditambah 10 ayat lagi pada awal Surah Al-Kahfi atau menghafal kedua-duanya. Untuk rujukan boleh baca disini.
2. Amalkanlah membaca doa mengelak fitnah dajjal setiap selesai solat atau di dalam tahiyyat akhir sebelum salam.
3. Amalkanlah melakukan solat hajat setiap kali sebelum anda mahu mencari jawapan kepada sesuatu permasalahan. Yakinlah bahawa setiap jawapan itu ada pada ALLAH SWT dan anda akan beroleh jawapan itu jika anda yakin, DIAlah yang memberinya.
4. Amalkanlah memakan pemakanan sihat seperti mengamalkan pemakanan sunnah, memakan kambing, meminum KOPI, memakan kismis dan kurma, memakan habbatus sauda' dan mengambil madu serta susu kambing.
5. Setelah mengamalkan kesemua itu, iringilah dengan tawakkal, usaha dan doa yang jitu.
Hanya inilah rahsia kekuatan seorang umat Islam. Iaitu tawakkal, usaha dan doa. Kerana, sesungguhnya kekuatan umat Islam itu ada pada pengamalan sunnah yang dibawa oleh Rasulullah SAWAW bukannya pada kepercayaan yang membabi buta.
Sekian sahaja daripada saya,
Nantikan artikel panjang saya kelak yang akan bertajuk....
"MH370: *** ****"
Star * yang saya tuliskan itu merujuk kepada huruf tajuk.
WAllahuA'lam.
-bradokapak-
Pengkaji Ilmu Akhir Zaman.
Freelance Internet Marketer.
======================================================================================
Artikel ini dicedok dari blog bradokapak untuk informasi Rakyat Malaysia.
BULETINMALAYA(BM) tidak menyatakan persetujuan diatas artikel yang dipaparkan sebaliknya hanya untuk informasi sahaja.Kami tidak bertanggungjawab diatas kesalahan ataupun maklumat yang tidak sahih kerana ia dicedok dari blog bradokapak tanpa tapisan maklumat.
======================================================================================
0 comments:
Post a Comment