Kuala Lumpur: Nasib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berhubung tindakan penyokong Ultras Malaya membakar suar, mercun dan melempar bom asap ketika aksi persahabatan antarabangsa antara Malaysia dan Filipina di Stadium Selayang 1 Mac lalu tidak akan ditentukan dalam tempoh terdekat ini.
Ia bagi memberi ruang kepada badan induk bola sepak itu mengemukakan surat jawapan terhadap pertuduhan berkenaan sehingga tempoh akhir yang ditetapkan oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) pada 19 April ini. Setiausaha Agung AFC, Datuk Alex Soosay berkata, tarikh sebenar perbicaraan kes itu hanya akan ditentukan selepas pihaknya menerima surat jawapan dari FAM.

“Jawatankuasa Tatatertib AFC tidak membincangkan kes itu pada mesyuarat semalam (kelmarin). Ini kerana FAM diberi tempoh sehingga 19 April ini untuk mengemukakan surat penjelasan berhubung kejadian itu.
Banyak kemungkinan “Bagaimanapun setakat ini kami belum menerima sebarang surat dari FAM. Untuk itu, tarikh mesyuarat yang akan bincangkan kes ini hanya akan ditentukan selepas kami terima jawapan dari FAM,” katanya ketika dihubungi semalam.
Pada 7 Mac lalu, AFC berkata pihaknya sudah mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada FAM berhubung insiden itu dan badan induk itu didakwa mengikut Artikel 65, 66 dan 67, Kod Tatatertib AFC bersangkut paut mengenai salah laku penonton yang membakar suar, bom asap dan mercun serta penganjuran perlawanan yang terpaksa dihentikan seketika kerana insiden itu.
Terdapat banyak kemungkinan yang bakal dihadapi FAM dan berdasarkan rekod kejadian sama sebelum ini, kelab Arab Saudi, Al Ahli dikenakan denda AS$21,000 (RM68,890) apabila didapati bersalah garagara penyokongnya membakar suar serta melempar bom asap ketika perlawanan Liga Juara-Juara Asia, 21 Mei 2013.

Sumber Berita Harian.
0 comments:
Post a Comment