Ads

Pages

Sunday, 6 April 2014

Datin Rosmah Doakan Individu Yang Mendakwa Kematiannya

Assalamualaikum..

Heboh di laman sosial gambar Datin Seri Rosmah Mansor yang didakwa mati terhempas dengan gambar yang berkecai dimuatnaik Syed Saifullah di facebooknya.Buletin Malaya juga ada menyiarkan berita itu di SINI. Ini jawapan DS Rosmah kepada Syed Saifullah.Belaiu tidak terus melenting dan memaki sebaliknya mendoakan Syed Saifullah.


 dan ini  respon DS Rosmah kepada hamba Allah tu..


terkelu dengan jawapan ini..

Aku juga ada kisah untuk dikongsikan. Peristiwa ini berlaku 2 tahun lalu ketika DS Najib dan DS Rosmah menghadiri jamuan makan malam di Dewan Wawasan Jitra. Aku dulunya pun kurang gemar dengan DS Rosmah..terpengaruh dengan cerita di media mungkin.. 

Kisahnya..selepas jamuan makan dan mereka beredar untuk balik,semua tetamu beratur di sepanjang karpet merah. Ada yang nak ambil gambar dan ada yang nak bersalam. Aku tak ada niat untuk semua tu cuma aku ingin melihat mereka dari dekat. Aku berdiri di barisan belakang sekali dan di depan aku ada 3 barisan orang..kedudukan aku memang jauh dari karpet merah..

Selepas DS Najib berlalu..maka tiba DS Rosmah di hadapan tempat aku berdiri. Semua orang menghulurkan tangan untuk bersalam dengan dia..tapi aku hanya memerhati dari jauh..dan tanpa aku sangka..dia menghulurkan tangan ke arah aku..walaupun jauh dan dia terpaksa mengangkat kepala untuk melihat aku..

Tangan yang dihulur itu aku sambut spontan..memang aku tak jangka hinggakan orang yang dihadapan aku semua menoleh ke belakang dan memandang aku.. Aku hanya tersenyum...(dalam hati.. Ya Allah..aku malu sendiri) .. dia nampak aku yang jauh dan berusaha untuk menghulur tangan..sedangkan aku hanya menunggu tangan itu sampai di depan mata..salaman itu terasa keikhlasannya...

Aku balik kerumah...sambil berfikir sepanjang jalan...apa salah dia pada aku hinggakan aku tidak suka dia sedangkan dia tidak pernah tak suka aku..

Adakah kerana dia tidak bertudung? Adakah kerana dia selalu mengikut kemana saja suaminya pergi? Adakah kerana tiap malam ada saja berita pasal dia?

Lalu aku fikir kembali..
Dia tak bertudung..itu antara dia dengan Allah,..dia ada suami yang memikul semua dosa dia,..kenapa aku yang nak sibuk sedangkan aku sendiri tak jamin aku akan masuk syurga..

Dia ikut suami dia kemana saja..memang patut dia ikut..dari biarkan perempuan lain yang ikut. Lagipun..bilalah masa dia untuk bersama suami yang sibuk 24jam..salah ke? itu suami dia...

Dia masuk berita TV bukan dia yang minta tapi wartawan yang kejar dia..

Aku akhirnya malu sendiri..dan sejak itu aku tidak mahu komen lagi tetang dia..mungkin dia lebih baik dari aku..siapalah aku untuk menghukum orang sedangkan aku sendiri ada kala tak betul..

Maafkan aku DS Rosmah dengan salahtanggapan aku dulu..aku tak mahu terpaksa mencarimu di padang mahsyar nanti untuk memohon ampun dan maaf padamu..aku menyesal..

0 comments:

Post a Comment