Ads

Pages

Brunei Tangguh Hukuman Hudud.

Obamba datang,Selamatkanlah Malaysia.

Sekiranya Presiden Obama datang,Rakyat malaysia perlu berdoa agar dijauhkan musibah tentang khazanah negara dan MH370.

Pendedahan Bekas Isteri Sham Kamikaze.

Bekas Isteri Dedah Perangai Buruk Sham Kamikaze

Fesyen Terbaru Rebecca Ala Teletubbies.;

Rebecca menggayakan fesyen terbaru yang ketat dan sendat ala teletubbies.

Showing posts with label Sukan. Show all posts
Showing posts with label Sukan. Show all posts

Wednesday, 9 April 2014

Impian Kelantan Dalam Saingan AFC Berkecai

Impian Kelantan berkecaiForkey Doe (tengah) dihalang pemain Yangon United, Aleksander (kiri) dalam saingan Piala AFC di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, malam tadi.
Kota Bharu: Impian Kelantan melangkah ke pusingan kedua saingan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) berkecai apabila tewas 3-2 kepada kelab Myanmar, Yangon United pada perlawanan peringkat Kumpulan G di Stadium Sultan Muhammad IV, malam tadi.

Kekalahan itu harus menambah tekanan dan menjadikan kedudukan ketua jurulatih The Red Warriors (TRW), Steve Darby seperti ‘telur di hujung tanduk’ selepas penyokong tidak berpuas hati dengan prestasinya sepanjang membimbing pasukan. Apa pun, turun dengan misi wajib menang, TRW terlebih dulu mengasak kubu pelawat menerusi percubaan penyerang import, Francis Forkey Doe seawal minit kelima yang sedikit tersasar di penjuru kanan pintu gol. 


Bagaimanapun, selepas turun tanpa dua penyerang Ahmad Fakri Saarani dan Ahmad Shakir Ali, mereka kehilangan Mohamed Ghaddar yang terpaksa ditukarkan dengan Mohd Khairul Izuan Rosli pada minit ke-22 akibat kecederaan.

AFC Beri FAM Masa Kemuka Surat Jawapan.

AFC beri FAM masa kemuka surat jawapanPenyokong Ultras Malaya membakar suar, mercun dan melempar bom asap ketika aksi persahabatan antara Malaysia dan Filipina di Stadium Selayang 1 Mac lalu
Kuala Lumpur: Nasib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berhubung tindakan penyokong Ultras Malaya membakar suar, mercun dan melempar bom asap ketika aksi persahabatan antarabangsa antara Malaysia dan Filipina di Stadium Selayang 1 Mac lalu tidak akan ditentukan dalam tempoh terdekat ini. 

Ia bagi memberi ruang kepada badan induk bola sepak itu mengemukakan surat jawapan terhadap pertuduhan berkenaan sehingga tempoh akhir yang ditetapkan oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) pada 19 April ini. Setiausaha Agung AFC, Datuk Alex Soosay berkata, tarikh sebenar perbicaraan kes itu hanya akan ditentukan selepas pihaknya menerima surat jawapan dari FAM. 

“Jawatankuasa Tatatertib AFC tidak membincangkan kes itu pada mesyuarat semalam (kelmarin). Ini kerana FAM diberi tempoh sehingga 19 April ini untuk mengemukakan surat penjelasan berhubung kejadian itu. 

Banyak kemungkinan “Bagaimanapun setakat ini kami belum menerima sebarang surat dari FAM. Untuk itu, tarikh mesyuarat yang akan bincangkan kes ini hanya akan ditentukan selepas kami terima jawapan dari FAM,” katanya ketika dihubungi semalam. 

Pada 7 Mac lalu, AFC berkata pihaknya sudah mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada FAM berhubung insiden itu dan badan induk itu didakwa mengikut Artikel 65, 66 dan 67, Kod Tatatertib AFC bersangkut paut mengenai salah laku penonton yang membakar suar, bom asap dan mercun serta penganjuran perlawanan yang terpaksa dihentikan seketika kerana insiden itu. 

Terdapat banyak kemungkinan yang bakal dihadapi FAM dan berdasarkan rekod kejadian sama sebelum ini, kelab Arab Saudi, Al Ahli dikenakan denda AS$21,000 (RM68,890) apabila didapati bersalah garagara penyokongnya membakar suar serta melempar bom asap ketika perlawanan Liga Juara-Juara Asia, 21 Mei 2013.
Sumber Berita Harian.

Thursday, 3 April 2014

Wan Zack Haikal Tidak Didaftarkan KAFA


Brendan Gan (kiri) dan Mohd. Fitri Omar (kanan) telah didaftarkan tetapi nama Wan Zack Haikal Wan Noor tercicir walaupun diperkenalkan sebagai pemain baharu Kelantan sebelum ini.
PETALING JAYA – Peminat Wan Zack Haikal Wan Noor tidak akan menyaksikan pemain itu beraksi untuk baki musim Liga Malaysia apabila namanya tidak berada dalam senarai pendaftaran kedua skuad The Red Warriors.
Setakat ini, hanya Brendan Gan dan Mohd. Fitri Omar sahaja didaftarkan oleh Persatuan Bola­sepak Kelantan (KAFA) kepada Jawatankuasa Pertandingan Tempatan Persatuan Bolasepak Malaysia (JPT)FAM.
Menurut Naib Presiden FAM yang juga Pengerusi(JKPT) FAM, Datuk Seri Afandi Hamzah, pihaknya hanya menerima dua pendaftaran pemain tempatan oleh Kelantan iaitu Mohd. Fitri Omar dan Brendan manakala Lim Choon Wee digugurkan.
“Setakat hari ini, kami telah menerima pendaftaran dua pemain daripada pasukan Kelantan iaitu Brendan Gan iaitu pemain yang baharu mendapatkan kerakyatan Malaysia dan Fitri Omar yang berpindah dari pasukan ATM.
“Kami hanya mengesahkan pendaftaran Gan dan Fitri sahaja dan saya tidak pasti sama ada Kafa gagal mendapatkan sijil perpindahan antarabangsa (ITC) tetapi saya akan menyemak apa yang berlaku serta mendapatkan kepastian dalam soal ini,” katanya dalam sidang akhbar di Wisma FAM semalam.
Tindakan Kafa itu jelas me­nunjukkan mereka tidak yakin bekas pemain Harimau Muda A itu sempat pulih daripada masalah kecederaan ACL setelah menjalani pembedahan pada Januari lalu untuk bermain pada baki saingan Liga Malaysia musim ini.
Wan Zack yang masih mempunyai baki kontrak dengan kelab Divisyen Tiga Jepun, FC Ryukyu telah mengambil keputusan untuk pulang ke tanah air dan Kelantan menjadi destinasi pilihannya setelah Kafa sanggup menebus baki kontrak pemain yang berasal dari Maran, Pahang itu.
Kelantan sebelum ini memiliki 24 pemain dan selepas mereka menggugurkan Choon Wee, mereka masih mempunyai kuota tiga lagi pemain tempatan yang boleh didaftarkan kerana jumlah maksimum pemain yang boleh dipunyai sesebuah pasukan adalah 26 orang.
Mengenai perkembangan lain, Afandi memberitahu FAM telah menerima pendaftaran daripada pasukan-pasukan lain sejak pintu pendaftaran pemain dibuka pada 23 Mac lalu.
“Setakat hari ini (semalam) beberapa pasukan telah membuat pertukaran (pemain) yang mana Sarawak telah menukarkan dua pemain import mereka manakala pasukan-pasukan Liga Premier (seperti) KL SPA, Felda United dan Sabah turut menukarkan pemain import mereka.
“Begitu juga dengan Johor Darul Ta’zim II (JDT II) yang mendaftarkan dua pemain tempatan baharu, Sabah seorang pemain dan DRB Hicom FC seorang pemain,” ujarnya.
Selain itu, Afandi berkata jadual separuh akhir kedua Piala FA telah diubah bagi memastikan jadual Liga Malaysia tidak terlalu ketat dengan memberi kelonggaran kepada pasukan yang bertanding.
“Kami telah meneliti semula jadual pertandingan supaya tidak terlalu ketat dan bersetuju untuk meminda tarikh separuh akhir Piala FA namun tidak melibatkan aksi separuh akhir pertama yang tetap berjalan seperti yang dirancangkan pada 5 dan 6 Mei depan.
“Namun, untuk timbal balik kedua akan diadakan pada 30 dan 31 Mei manakala final Piala FA tahun ini akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 7 Jun depan,” katanya.
www.utusan.com.my