BANGKOK: Imej satelit Thailand menunjukkan 300 objek terapung di selatan Lautan Hindi ketika misi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat MH370 yang disahkan berakhir di perairan itu.
Menurut Agensi Maklumat Geo dan Pembangunan Teknologi Angkasa Thailand, objek berukuran dari dua hingga 15 meter dilihat bertaburan di kawasan kira-kira 2,700 kilometer barat daya Perth,Australia.
"Tetapi kami tidak boleh dan tidak akan mengesahkan bahawa ia adalah serpihan pesawat berkenaan," kata Pengarah Eksekutif agensi itu, Anond Snidvongs.
Imej itu diambil menggunakan satelit pemantau bumi tunggal milik Thailand pada Isnin lalu tetapi memerlukan beberapa hari untuk diproses.
Katanya, objek itu dikesan kira-kira 200 kilometer dari kawasan imej satelit Perancis yang menunjukkan objek berkemungkinan ada kaitan dengan pesawat itu ketika misi SAR baru-baru ini. - AFP
0 comments:
Post a Comment