Ads

Pages

Brunei Tangguh Hukuman Hudud.

Obamba datang,Selamatkanlah Malaysia.

Sekiranya Presiden Obama datang,Rakyat malaysia perlu berdoa agar dijauhkan musibah tentang khazanah negara dan MH370.

Pendedahan Bekas Isteri Sham Kamikaze.

Bekas Isteri Dedah Perangai Buruk Sham Kamikaze

Fesyen Terbaru Rebecca Ala Teletubbies.;

Rebecca menggayakan fesyen terbaru yang ketat dan sendat ala teletubbies.

Wednesday, 2 April 2014

Akhirnya Hudud Akan Dilaksanakan Di Kelantan


Alhamdulillah.Segala Puji Bagi Allah Tuhan Sekelian Alam.
Setelah sekian lama menanti akhirnya Kerajaan Kelantan dengan sokongan Parlimen dan Sultan Kelantan,Sultan Muhammad V akan laksanakan juga hudud di Negeri Cik Siti Wan Kembang Itu.Alhamdulillah.



Kenyataan Media:



Yang Amat Berhormat Ustaz Dato Ahmad bin Yakob,
Menteri Besar Kelantan
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Berikutan keputusan mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Kelantan pada hari ini, 2 Jamadil Akhir 1435H bersamaan 2 April 2014M, saya ingin mengumumkan beberapa pendirian yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri Kelantan berkaitan dengan isu Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 yang merangkumi hukuman hudud. Ianya adalah seperti berikut :
1. Kerajaan Kelantan menyambut baik kesediaan Kerajaan Persekutuan untuk memberikan laluan kepada mana-mana kerajaan negeri termasuklah Kelantan untuk menguatkuasakan undang-undang hudud sebagaimana yang telah dinyatakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom baru-baru ini di Dewan Rakyat.
2. Kerajaan Kelantan dengan ini akan menyiapkan satu rang undang-undang persendirian (private bill) yang akan dibawa ke mana-mana sidang Parlimen yang terdekat oleh salah seorang Ahli Parlimen Bukan Kerajaan bagi mendapat kebenaran untuk Kelantan melaksanakan undang-undang tersebut seperti yang diperuntukkan oleh Perkara 76 (A) Perlembagaan Persekutuan. Ini kerana sebahagian besar dari kesalahan jenayah hudud dan qisas seperti mencuri, merompak, merogol, mencedera dan membunuh terletak dalam bidang kuasa Kerajaan Persekutuan sebagaimana yang diperuntukkan dalam Kanun Keseksaan (Penal Code), begitu juga agensi-agensi pelaksana seperti polis dan penjara.
3. Satu rang undang-undang persendirian (private bill) juga akan dibawa bagi meminda Akta Mahkamah Shariah (Bidangkuasa) 1965 untuk memberi bidang kuasa yang lebih luas kepada Mahkamah Shariah Negeri Kelantan bagi membolehkannya menghukum sebagaimana peruntukkan dalam Enakmen Hudud.
4. Kerajaan Negeri Kelantan sedia memberi jaminan bahawa sekiranya tiada halangan dari Kerajaan Persekutuan untuk memberikan laluan kepada dua undang-undang persendirian ini dibentang dan diluluskan di Parlimen, Insha-Allah Enakman Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 paling lewat akan berkuatkuasa di Kelantan pada tahun 2015.
Sekian, salam hormat.
(Ustaz Dato Ahmad bin Yakob)
Menteri Besar Kelantan.
Pejabat Menteri Besar Kelantan.
Bertarikh : 2 Jamadil Akhir 1435H bersamaan 2 April 2014M

                                           Menteri Besar Kelantan sedia laksana hudud.

Buletin Malaya mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Kelantan mudah-mudahan negeri lain pun turut laksanakan.Alhamdulillah Malaysia ke arah Perundangan Islam seperti Brunei.

MH370:Saksi Terakhir Nahas Pesawat MH370



"HABIS LAH! Kita akan terhempas. Ini tidak mungkin terjadi!" kata salah seorang pembantu juruterbang.

"Tapi, apa yang berlaku?" balas seorang lagi pembantu juruterbang, beberapa saat sebelum pesawat 330 Airbus milik Air France menjunam ke Lautan Antlantik, yang mengorbankan 228 nyawa pada 1 Jun 2009.

Perbualan terakhir dalam kokpit dengan situasi cemas dan takut itu diperoleh hasil transkrip daripada kotak hitam pesawat yang ditemui selepas dua tahun kejadian tersebut berlaku.

Menerusi analisis terhadap kotak hitam tersebut, Biro Penyiasatan dan Analisis Perancis (BEA) menggambarkan keadaan di dalam kokpit Pesawat 447 Air France itu dalam situasi huru-hara serta kekeliruan juruterbang hingga membawa kepada punca kemalangan.

Pesawat 447 yang sepatutnya terbang selama 11 jam ke Paris dengan membawa 216 penumpang dan 12 anak kapal itu terhempas semasa merentasi kawasan ribut di Lautan Atlantik setelah empat jam berlepas dari Lapangan Terbang Tom Jobimi, Rio de Janeiro, Brazil.

Sehingga kini, hanya perbualan antara juruterbang, Kapten Marc Dubois, 58, dan dua pembantu juruterbang, David Robert, 37 tahun dan Pierre Cedric Bonin, 32, berjaya dianalisis keluar dari kotak hitam.

Analisis ke atas kotak hitam pesawat 447 Air France tersebut telah membawa kepada penemuan antara punca kejadian nahas udara berkenaan di samping mengambil kira faktor-faktor lain.

Merakam

Kotak hitam bukan sahaja mampu merungkaikan persoalan kepada teori-teori tentang kehilangan atau nahas sesebuah pesawat, namun ia merupakan saksi akhir yang penting dalam mencari jawapan tentang apa sebenarnya yang berlaku pada pesawat.

Pensyarah Jabatan Kejuruteraan Aeroangkasa Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Madya Dr. Kamarul Arifin Ahmad memberitahu, kotak hitam adalah satu istilah yang dialih bahasa daripada bahasa Inggeris iaitu black box dan ia juga istilah untuk dua peralatan penting yang wajib ada dalam pesawat.

Peralatan pertama dalam kotak hitam adalah perakam suara kokpit (CVR) manakala satu lagi ialah perakam data pesawat (FDR).

Peralatan CVR yang ada dalam sistem pesawat mempunyai mikrofon dan ia dipasang di bahagian tengah panel kawalan dalam kokpit. Selain itu, ia turut dipasang pada mikrofon komunikasi juruterbang dan pembantu juruterbang.

"Jadi, CVR akan memainkan peranan merakam segala perbualan dalam kokpit dan juga segala bunyi daripada sekecil-kecil bunyi termasuk ketika memadam suis sehingga kepada bunyi penggera amaran apabila pesawat hilang kawalan.

"Bagaimanapun, lazimnya CVR merakamkan bunyi bagi tempoh dua jam terakhir tamatnya sesuatu penerbangan tersebut. Ini bermaksud, dalam tempoh itu sama ada pesawat itu selamat mendarat atau terhempas," katanya.

Mengambil contoh kejadian MH370 yang berakhir di Lautan Hindi, Kamarul menambah, kemungkinan rakaman perbualan yang berlaku di Laut Cina Selatan sebelum itu tidak dapat diperoleh memandangkan jarak dan tempoh masa kejadian telah melebihi dua jam terakhir.

Mengupas lebih lanjut, beliau memberitahu, dahulunya kotak hitam menggunakan sistem analog (pita rakaman seperti kaset) dan ia boleh membuat rakaman dalam setiap 30 minit terakhir sahaja.

Namun selepas beberapa tahun kebelakangan ini, tempoh rakaman tersebut telah ditingkatkan kepada dua jam terakhir.

Analisis

"Dalam tempoh dua jam berkenaan (tempoh kecemasan), juruterbang yang mengendalikan pesawat akan cuba berpatah balik untuk melakukan pendaratan kecemasan atau sebaliknya ditimpa musibah iaitu terhempas," ujarnya.

Berbeza dengan FDR pula, Kamarul menjelaskan, sistem itu berupaya merakamkan data sepanjang penerbangan dengan kapasiti 24 jam.

Katanya, ada banyak data akan tersimpan menerusi sistem FDR. Antara data terpenting ialah kelajuan pesawat, ketinggian pesawat dari aras laut selain kedudukan terkini pesawat tersebut.

Pada masa sama, FDR turut merakam data seperti status atau jumlah minyak pesawat, kedudukan kawalan sayap (daya angkat pesawat) sama ada berlaku pembelokan atau kenaikan dan penurunan.

Daripada data FDR tersebut, jelas Kamarul, analisis dan siasatan akan dapat mengetahui secara tepat bagaimana pesawat tersebut terhempas mahupun mendarat.

"Bagaimanapun, bagi mengetahui bagaimana kejadian menimpa sesebuah pesawat itu bukan bergantung kepada kotak hitam sahaja tetapi ada faktor lain turut diambil kira, misalnya latar belakang juruterbang, kru dan para penumpang," jelas beliau.

Sementara itu, Kamarul memberitahu, hanya beberapa negara sahaja yang memiliki sistem penerima peranti lokasi dalam air (ULD) bagi mengesan kotak hitam.

Katanya, sistem ULD ini akan mengeluarkan isyarat bunyi (beep) setiap satu saat, namun ia ada kekangan kerana mempunyai had jarak iaitu lingkungan 3.5 kilometer sahaja.

"Kita harapkan kedalaman Lautan Hindi hampir 4,000 meter dengan puratanya 3.5 kilometer, jika sistem ULD betul-betul berada di atas kotak hitam, maka ia boleh menerima isyarat bunyi tersebut.

"Disebabkan itu, kita perlu tahu terlebih dulu kedudukan sebenar pesawat itu terhempas bagi memastikan kotak hitam berkenaan sememangnya ada di sekitar kawasan pencarian," ujarnya sambil menambah kotak hitam sebenarnya berwarna oren supaya ia mudah dikesan.

Mengenai MH370, kata Kamarul, sebenarnya banyak kemungkinan tetapi semuanya 'atas meja' yang tidak boleh dipastikan, namun ini bukan spekulasi tetapi dipanggil sebagai jangkaan secara ilmiah berdasarkan kepada petunjuk dan seterusnya apa akan berlaku.

Meskipun sistem transponder dan peranti komunikasi dalam pesawat MH370 telah dimatikan menyebabkan ia hilang dari radar sekunder (utama) ATC, namun juruterbang boleh berhubung kembali dengan menara kawalan menerusi radio.

PESAWAT sentiasa diselenggara mengikut jadual bagi memastikan semua sistem berfungsi dengan baik.

Ujian

Malangnya dalam kes MH370, komunikasi tersebut tidak berlaku dan antara kemungkinan tidak adanya komunikasi itu adalah disebabkan berlakunya kebakaran dalam pesawat.

"Sebagai juruterbang, kita diajar untuk memadam semua suis elektronik bagi mengelak kebakaran daripada terus merebak.

"Persoalannya, apabila suis dipadam, kenapa tidak dilaporkan kepada ATC?"

Sementara itu, pakar sistem pesawat, Prof. Madya Dr. Mohd. Harridon Mohammed Suffian dari Universiti Kuala Lumpur Malaysia Institute of Aviation Technology (UniKL MIAT) memberitahu, sistem kotak hitam ini wajib dipasang pada pesawat komersial oleh Jabatan Penerbangan Awam (DCA) dan Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA).

Katanya, sebelum dipasang, kotak hitam itu telah melalui pelbagai ujian seperti ketahanan impak berkapasiti 3,200 G (graviti bumi), tahan suhu lebih 1,000 darjah Celsius serta tekanan kedalaman laut lebih 6,000 meter.

Jelas beliau, apabila telah siap diuji dan lulus, kotak hitam akan dipasangkan di bahagian ekor pesawat yang biasanya terakhir menyentuh tanah ketika jatuh atau terhempas, secara tidak langsung ia akan mengurangkan impak atau kerosakan pada kotak hitam.

"Kotak hitam ini dibuat daripada besi aluminium dan titanium yang tahan hentakan sehingga 3,200 G dan ia akan mengeluarkan isyarat jika ada hentakan kuat, maknanya pesawat itu meletup atau terhempas. Secara automatik isyarat akan aktif supaya ia mudah dikesan.

"Lazimnya, kotak hitam akan diperiksa dan diuji setiap tahun bagi memastikan ia masih berfungsi dengan baik termasuk pemeriksaan terhadap baterinya yang mempunyai jangka hayat antara 30 hingga 35 hari," kata Mohd. Harridon.

Katanya, menerusi rakaman data dan suara daripada kotak hitam tersebut, pasukan penyiasat dan penganalisis akan melakukan simulasi berdasarkan maklumat tadi bagi mengenalpasti punca sesebuah pesawat itu terhempas.

"Mereka akan cuba melakonkan semula kejadian pesawat terhempas itu dengan menggunakan teknologi grafik bagi memahami kejadian berlaku dan ia akan dibentangkan kepada DCA.

"Selain pesawat, kotak hitam juga ada dipasang pada kenderaan pengangkutan yang lain seperti bas ekspres dan kapal-kapal laut," katanya. - KOSMO

MH370:Tiada Apa Yang Pelik Transkrip MH370- Kapten Nik Huzlan


KUALA LUMPUR: “Tiada yang pelik di dalam transkrip penuh komunikasi di antara pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 dengan pusat kawalan udara.”

Demikian menurut bekas Ketua Juruterbang Penerbangan Serantau MAS, Kapten Datuk Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain ketika dijemput Astro AWANI untuk mengulas transkrip penuh yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Pengangkutan pada 1 April.

Nik Huzlan berkata berkemungkinan transkrip berkenaan lambat disiarkan kerana ia perlu ‘dibersihkan’ terlebih dahulu.


“Biasanya pusat kawalan udara sangat sibuk, pelbagai pesawat akan menggunakan radio seperti China Airline atau Japan Airline.

“Jadi sebelum ianya disiarkan, ia perlu dikenalpasti dan dibersihkan agar hanya perbualan MH370 sahaja yang diambil, yang tidak relevan tidak perlu disiarkan” katanya.

Secara terperinci, Nik Huzlan menerangkan makna perbualan juruterbang dan pusat kawalan udara bermula di ATC Delivery dan Lumpur Ground.

“Biasanya sebelum pesawat terbang, pembantu juruterbang akan mengawal radio dan juruterbang akan mengemudikan stereng pesawat.

“Jadi suara di sini adalah suara pembantu juruterbang” katanya lagi.

Dalam pada itu, Nik Huzlan kurang pasti siapa yang bercakap di radio pada waktu pesawat MH370 memulakan penerbangan.

“Selepas take off, kita tidak dapat pastikan siapa yang bercakap kerana kadangkala juruterbang dan pembantu akan bergilir tugas.

“Ini adalah perkara biasa kerana mungkin ingin memberi peluang kepada pembantu menimba pengalaman menjadi kapten atau mungkin bergilir kerana banyak penerbangan yang telah dilakukan dalam sehari oleh juruterbang” jelasnya.

Nik Huzlan turut menerangkan mengenai perkataan “err” pada jam 12:42:48 yang merupakan suatu lumrah jika tersalah cakap.

“Biasalah jika banyak menerbangkan banyak pesawat, nombor pun boleh  tersasul, saya tidak nampak ada masalah di sini” katanya lagi.

Namun begitu, Nik Huzlan mengakui dihujani pelbagai persoalan dari orang ramai mengapa pada jam 12:50:09 sehingga 01:07:55, transkrip menunjukkan pesawat MH370 mengulangi kata-kata yang sama.

“Mengikut pengalaman saya sebagai juruterbang, kadangkala kita terlupa adakah kita sudah menghubungi pusat kawalan udara atau tidak pada sesuatu ketinggian.

“Sebagai juruterbang, kita takkan buang masa berfikir biasanya kita akan hubungi sahaja kawalan udara semula” terang Nik Huzlan yang sudah mempunyai pengalaman lebih daripada 30 tahun dalam bidang penerbangan.

Di akhir ulasan,Nik Huzlan turut menyelar pelbagai tuduhan dan publisiti yang tidak baik mengenai Kapten Zaharie Ahmad Shah.

“Ya, siasatan perlu dilakukan secara menyeluruh, namun berita mengenai pergolakan rumah tangga sama ada ia benar atau pun tidak, adalah sangat peribadi dan tidak wajar disebarkan.

Jika benar pesawat terhempas dan beliau tidak selamat, ini merupakan suara terakhir dari beliau” katanya mengakhiri perbincangan. - ASTRO AWANI

MH370: 5 Tanda Awal Sebelum Kehilangan Pesawat MH370


Semakin banyak teori² konspirasi dan spekulasi yang timbul mengenai insiden MH370. Apa-apa pun, ini semua hanyalah mainan minda pemikiran manusia. Terpulanglah sama ada hendak percaya ataupun tidak. Sama-sama kita nilaikan pendedahan di bawah.

Baru-baru ini, timbul pula dakwaan yang menggatakan kehilangan pesawat MH370 telah dinyatakan lebih awal dalam filem blockbuster Hollywood, Man of Steel.

Salah satu babak dalam filem Man of Steel, memaparkan nombor 370 secara jelas di atas sebuah kenderaan panjang (kalau tak silap bas atau kontena).


Jika dilihat dengan teliti, tertulisnya:

M.I.A 6 - 370

Apa maksudnya? Adakah maksudnya seperti di bawah ini?

MIA = Missing In Action
MIA = Malaysia International Airport

Manakala nombor 6 jika dikira secara abjad adalah sama kedudukan dengan huruf F yang membawa maksud kepada Flight.

6 = F (Flight)

Tetapi menurut pakar matematik yang tidak tahu sama ada dia bertauliah ataupun tidak, mengikut kiraannya, CIA terlibat dalam perancangan menghilangkan pesawat MH370 seperti berikut:


Okay, itu pendedahan yang pertama. Yang kedua pula, dalam filem tersebut, superman ada menyebut Lautan Hindi.

"If I don't stop that machine over the Indian Ocean"




Kebetulan?

24 Mac lalu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib mengumumkan pesawat MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi. Pengumuman ini dibuat berdasarkan data-data kukuh yang diberikan oleh INMARSAT.

Pelik kan?

Salah satu babak dalam filem Mission Impossible III 2006 juga ada memaparkan logo Malaysia Airlines secara horizontal dalam keadaan yang musnah akibat letupan di China.

Logo yang sama juga muncul di filem Transformers - Revenge of the Fallen pada tahun 2009 juga di China.


Kebetulan kah ini? Seperti telah dirancang sejak 2006 lagi.

Buletin Malaya:Anda nilaikanlah sendiri.. tak perlu percaya, cukuplah sekadar membaca info untuk hari ini.

Tuesday, 1 April 2014

MH370:Pendedahan Penuh Komunikasi MH370 Dengan Menara Kawalan

KUALA LUMPUR: Kementerian Pengangkutan hari ini telah mengedarkan transkrip penuh komunikasi di antara pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 dengan kawalan trafik udara di Kuala Lumpur.

Menurut kenyataan Pemangku Menteri Pengakutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, transkrip itu telah dikongsikan dengan ahli keluarga penumpang serta anak kapal pesawat tersebut.

"Transkrip ini telah dikongsi dengan keluarga, dan disertakan sebagai Lampiran kepada siaran akhbar ini. Tidak ada petunjuk apa-apa yang mengatakan ada benda tidak normal dalam transkrip.

"Transkrip ini pada awalnya telah disimpan oleh pihak polis sebagai bahan siasatan. Sebelum ini, Malaysia Airlines telah menyatakan bahawa siasatan awal telah menunjukkan bahawa suara terakhir adalah dari pembantu juruterbang. Polis sedang mengesahkan perkara ini, dan pemeriksaan forensik berhubung rakaman sebenar sedang dijalankan," katanya dalam kenyataan kepada pihak media pada Selasa.

Katanya lagi, pasukan siasatan antarabangsa dan pihak berkuasa Malaysia masih berpendapat bahawa, sehingga saat pesawat meninggalkan liputan radar utama tentera, pergerakan MH370 itu adalah selaras dengan tindakan seseorang di dalam pesawat.

Pada hari Isnin, Jabatan Penerbangan Awam (DCA) mengesahkan perbualan terakhir dalam transkrip antara pengawal trafik udara dan kokpit pesawat adalah “Good night Malaysian 370" (Selamat malam Malaysia 370).

Perbualan terakhir itu berlaku pada 1.19 pagi waktu Malaysia.

Berikut merupakan transkrip penuh komunikasi di antara pesawat MH370 dengan kawalan trafik udara Kuala Lumpur:


MH370:Kotak Hitam Hanya Mampu Bertahan 45 Hari

PERTH: Kuasa bateri pada kotak hitam pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang pada 8 Mac lalu mungkin dapat bertahan lebih lama daripada jangkaan 30 hari.

Pasukan mencari dan menyelamat kini bertungkus lumus mencari kotak hitam pesawat ini sebelum jangka hayat bateri tamat, dijangka dalam masa seminggu.

Namun, Kapten Tentera Laut Amerika Syarikat (AS), Mark Matthews berkata, bateri bagi pemancar isyarat ultrasonik yang dipasang pada kotak hitam boleh bertahan selama 15 hari lagi walaupun diperakui untuk 30 hari.

“Jangka hayat 30 hari adalah masa minimum. Berdasarkan pengalaman saya, ia dapat bertahan lebih lama.

MATTHEWS menunjukkan contoh pemancar isyarat yang terdapat dalam kotak hitam. FOTO AFP

“Tempoh 45 hari boleh dikatakan jangkaan lebih realistik,” katanya, di Pangkalan Tentera Laut Stirling dekat Perth, hari ini.

Matthews bertanggungjawab ke atas alat pengesan kotak hitam milik tentera Amerika Syarikat atau ‘Towed Pinger Locator’ yang akan diguna untuk mengesan isyarat kotak hitam.

Alat pengesan ini dapat beroperasi sehingga kedalaman 6,096 meter, katanya.

Ia telah dipasang pada kapal Ocean Shield yang dijadual belayar dari Perth ke kawasan operasi esok untuk menyertai operasi mencari, menurut Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA).

Perjalanan ke kawasan pencarian yang terletak kira-kira 1,850 kilometer di barat Perth akan mengambil masa tiga hingga empat hari.

“Kapal ini akan menyertai operasi pencarian sehingga serpihan disahkan berkaitan dengan pesawat MH370 dan kawasan pencarian di bawah air sudah dikenal pasti,” kata Matthews. - Harian Metro

MH370:Tuduhan Palsu,Keluarga Dan Sahabat Mahu Saman Daily Mail

Daily Mail buat tuduhan palsu-Keluarga dan sahabat Kapten Zaharie mahu saman.

Semenjak insiden kehilangan pesawat MH370, media asing adalah media yang pertama sekali mencipta spekulasi mengaitkan penglibatan Kapten Zaharie Ahmad Shah dengan kejadian ini.

Tuduhan demi tuduhan dilemparkan kepada Kapten Zaharie sehinggakan menimbulkan persepsi NEGATIF dari rakyat dari luar negara kepada Malaysia semakin menjadi-jadi terutamanya rakyat dari negara China.

Daily Mail, tabloid British yang berpangkalan di Britain merupakan akhbar yang paling lancang menerbitkan artikel mengenai Kapten Zaharie dan keluarga. Daily Mail semalam, menerbitkan artikel mengenai pengakuan anak Kapten Zaharie yang mendakwa ayahnya banyak berubah beberapa minggu sebelum kejadian pesawat hilang.

Melalui facebook "Friends of Captain Zaharie MH370", keluarga kapten menafikan pengakuan tersebut datangnya dari mereka dan mendakwa semua itu adalah pembohongan yang amat teruk.


"I have personally spoken to a very close member of Captain Zaharie's family including his son who has strongly condemned the report.. "It's a total lie, where do they get this story from? That's not true at all. I call upon all of you to rally together in solidarity to strongly condemn this kind of reporting, we must oppose strongly to this kind of nonsense."

Melalui Facebook Page itu juga, mereka merancang untuk mengenakan tindakan undang-undang kepada Akhbar Tabloid itu agar menghentikan penerbitan artikel fitnah terhadap Kapten Zaharie.

Dr. Ghouse, admin page itu yang merupakan sahabat Kapten Zaharie juga mengajak para peguam terutama yang berasal dari Alumni Penang Free School untuk memberi nasihat bentuk guaman yang diperlukan bagi menerukan tindakan mereka.



Status itu mendapat sambutan ramai pengguna facebook termasuk ahli keluarga Kapten Zaharie tersebut. Beberapa pengamal undang-undang turut memberikan pendapat dalam komen di status itu. Malah, ramai pengguna Facebook yang lain menawarkan bantuan kewangan dan ada yang mencadangkan agar kutipan derma dilakukan untuk menampung kos guaman.


Seperti kata Datuk Seri Hishamuddin dalam sidang media minggu lalu, tragedi MH370 ini sememangnya memberikan hikmah yang amat besar kepada Malaysia. Kini, negara kita menjadi sasaran media asing yang menghujani pelbagai tuduhan dan spekulasi berbentuk "Half Truth" untuk mewujudkan persepsi negatif dunia terhadap negara kita.


Walaupun berbeza fahaman politik, agama dan kepercayaan, inilah saatnya rakyat Malaysia bersatu padu mempertahankan negara kita. Menuding jari dan menyalahkan kerajaan buat masa ini tidak memberi sebarang apa-apa kebaikan kepada negara kita.- BuletinMalaya