Takziah diucapkan kepada keluarga biduanita negara, Datuk Sharifah Aini yang telah meninggal dunia di Pusat Perubatan Pakar Damansara, awal pagi ini.
Memetik laporan Astro Awani, Allahyarham meninggal dunia pada kira-kira jam 1.26 pagi akibat jangkitan paru-paru yang dialaminya.
Menerusi kenyataan akhbar yang dikeluarkan sebelum ini, Allahyarham telah dikejarkan ke hospital oleh anaknya, Aliff Omar selepas pelantun lagu, 'Seri Dewi Malam' ini menghadapi kesukaran untuk bernafas dan telah dimasukkan ke unit rawatan rapi untuk rawatan selanjutnya.
Jenazah Allahyarhamah akan dibawa ke Masjid At Taqwa, TTDI selepas waktu Subuh sebelum dikebumikan.
Untuk rekod, Allahyarham telah dikesan menghidap fibrosis paru-paru sejak dua tahun lalu.
Buletin Malaya mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan mereka yang beriman. Al-Fatihah.